Saturday, October 28, 2017

ALHAMDULILAH.. 2017 HASILNYA

Rupanya sudah setahun tak update blog nie..

biar sir cerita sikit tahun 2017 ni..

alkisahnya bermula 18 februari 2017, MRSM PDRM Kulim telah di pilih oleh FIT Touch Malaysia sebagai venue pertama permulaan kalendar MNDT 2017... team girls kami macam biasa hantar 4 pasukan.. maklumlah tuan rumah... kategori Open Women dan U16 schools... team yang hadir antaranya KTC, P.SALAK, PARIT dan KULIM.  Untuk Kategori Open Women... amin team MRSM PDRM A menjuarinya.... Bagi kategori U16 milik KTC... u16 mrsm pdrm ketiga... satu pengalaman yang hebat...

Perjalanan kami diteruskan lagi dengan jemputan KL Tigers International Rugby 2017... kali ni kami terima jemputan pada hujung bulan Februari..  Antara pasukan yang dijemput KTC dan MRSM KULIM selaku jemputan khas, jemputan istimewa pasukan dari Singapura, dan KL Tigers serta beberapa pasukan sekolah antarabangsa... perghh game berlangsung pada April 30 di Epsom College, N9... pasukan kami p timba pengalaman yang berharga di sana... perghhh... panjang pulak nak tulis ni.... boleh taip KL TIGER 2017

Oleh kerana kekangan kewangan... pasukan kami pun mencari game yang mudah, senang dan cepat... maka bulan oktober 14 baru-baru ni... pasukan kami telah di jemput untuk sertai ARAU 7's di KV Arau.. alhamdulilah... liku-liku hendak boleh ke game tu dekat 5 bulan juga kena peram... tetapi team berjaya menpat tempat ketiga kategori Cup... kami hantar 2 team... maka kedua-duanya ketiga Cup.... terima kasih penganjur atas jemputan.. tahun depan jemput lagi....

begitulah kisah perjalanan team perempuan ini dari kulim....

kalau ikutkan hati nak jer join semua game,... 2018 dan 2019 MALAYSIA dipilih oleh FIT WORLD CUP... 2018 junior 2019 senior... so anak2 tunggu apa lagi... yang mana area rasa2 dekat putrajaya cubalah nasib kat equestrian park... sir dari kulim ni hanya doa jerla sampai...

terima kasih...
0165941734... team orang kulim ke pentas antarabangsa

No comments:

Post a Comment